acar buah
Merupakan campuran buah-buahan
jeruk dari Negara beriklim sederhana bersama dengan buah-buahan jeruk tempatan
serta pelbagai rempah ratus yang terpilih dan bermutu tinggi dan dimasak bersama-sama
berpandukan resipi tradisional melayu MELAKA yang telah diwarisi sejak turun
temurun lagi bagi menghasilkan keenakan rasa ACAR BUAH MAK JARAH yang
luarbiasa.
Antara bahan-bahan yang digunakan
adalah seperti jeruk limau nipis,jeruk cili,pelbagai jeruk buah-buahan beriklim
sederhana dan pelbagai rempah-ratus yang terpilih lagi bermutu.
Hidangan ACAR BUAH MAK JARAH
banyak digunakan dalam majlis-majlis keraian terutama majlis perkahwinan yang mana ianya dijadikan
sebagai”PEMBUKA SELERA” serta pelengkap
kepada hidangan utama seperti nasi beriani dan nasi campur.Selain itu ianya
juga amat laris menjelang datangnya bulan RAMADHAN AL-MUBARAK sebagai hidangan
sampingan waktu bersahur kerana maklumlah selera pada waktu itu yang pelbagai .Selain
dari itu,produk acar buah MAK JARAH juga
digunakan sebagai buah tangan,hadiah, cenderahati malah hamper juga
bersama-sama produk MAK JARAH yg lain bagi kegunaan perseorangan atau syarikat korporat.
Produk acar buah MAK JARAH boleh
didapati dlm bentuk botol (200gm,500gm&1kg) dan dlm bentuk pukal(min-15kg).